fbpx
Gambar hiasan JANAAN AI

‘Orang jenis mulut jahat, suka sindir, terpaling betul rasa menang, tapi…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Ada orang jenis cakap lepas. Mulut laju, sindiran tajam, suka cari salah orang, suka rasa diri paling betul. Bila orang diam, dia rasa hebat dan menang padahal bukan semua orang diam sebab tak ada jawapan, ada yang diam sebab sedang tahan hati daripada pecah.”

Itu antara pendedahan Public Health Malaysia (PHM) mengenai individu yang tidak berfikir panjang ketika berkata-kata dan sering menyinggung perasaan orang lain.

Menurut PHM, golongan seperti ini tidaklah sesempurna mana, tetapi menjadi ‘berani’ kerana selama ini tiada siapa melawan.
Menegur jelas PHM, bukan perkara salah, namun apabila teguran dilakukan tanpa adab, ia bukan lagi nasihat, tetapi hanya luka yang dibungkus dengan rasa suci.
“Golongan ‘bising’ selalu nampak menang, manakala sebaliknya sering menjadi mangsa dan lebih menyakitkan, pihak yang sibuk menghukum itu tidaklah sempurna mana.

“Ini yang ramai tak nampak. Orang yang pendiam selalunya bukan lemah. Dia cuma tak suka bergaduh, tak pandai melawan dengan mulut kasar serta dia pilih untuk simpan, telan, dan cuba tenang. Tapi setiap kali dia dihina, diperli, dijadikan bahan, semua itu tetap masuk ke hati dan tetap tinggal kesan.

“Nampak salah orang, sibuk buka cerita, sibuk ulas hidup orang, seolah-olah dia pula ditugaskan jadi hakim untuk dosa manusia lain, sedangkan dia sendiri masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki,” kata PHM di media sosial.

PHM turut berpesan kepada golongan yang ‘teraniaya’ ini bahawa mereka tidak wajib menjawab semua benda, tetapi juga tidak perlu terus membiarkan diri dipijak.

“Jaga jarak. Kurangkan ruang untuk orang toksik masuk ke emosi anda. Jangan kongsi terlalu banyak dengan orang yang suka guna kelemahan orang sebagai modal cerita.

“Dan bila hati sudah terlalu penat, carilah seseorang yang matang untuk anda luah. Bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi supaya diri anda sendiri tidak tenggelam diam-diam.

“Kepada yang suka cakap lepas, suka sindir, suka rasa diri paling betul, tolong faham. Tidak semua orang yang diam itu tak terasa. Ada yang senyum di depan anda, tapi balik rumah menangis sebab mulut anda,” tambah PHM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN