fbpx
VIDEO Fazura berseloroh tentang isu hak penjagaan anak yang dimuat naik peguamnya, Fakhrul Azman tular dalam media sosial.

Seloroh isu ‘dipenjarakan’, video Fazura tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum reda isu tuntutan hak lawatan anak, nama pelakon Nur Fazura terus menjadi bualan ramai apabila tular video berseloroh mengenai perkara tersebut dalam sebuah video.

Video yang dimuat naik peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan itu difahamkan dirakam ketika Fazura, 42, hadir ke majlis rumah terbukanya semalam.

Menerusi video tersebut, Fazura dan Fakhrul saling mengusik termasuk mengenai dia tidak dipenjarakan kerana tidak melanggar sebarang perjanjian bersama.

“Rumah terbuka paling meriah, makanan sedap, rumah meletup, peguam terhebat Malaysia.

“Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya sebab sudah berjanji untuk ‘stay’ sampai malam,” selorohnya kepada Fakhrul sebelum berangkat pulang.

Dalam video sama, dia juga sempat menyanyikan sedikit lagu Raya Pum Pang seperti dijanjikan kepada Fakhrul sebelum ini.

“Saya menyanyi juga, tak langgar janji,” katanya selepas mengalunkan lagu itu.

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh apabila bekas suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin dilaporkan memfailkan permohonan secara ex parte terhadap Fazura selepas dia didakwa melanggar perintah berkaitan hak lawatan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.

Namun, permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap Fazura ditolak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 31 Mac lalu.

Menurut peguam mewakili Fattah iaitu Datuk Akberdin, dia akan memfailkan semula permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan semula prosiding komital tersebut.

Terdahulu, Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Selepas berpisah, Fazura mendapat hak penjagaan penuh terhadap Fatima manakala Fattah diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan.

Fattah juga dibenarkan bertemu Fatima tiga kali seminggu, termasuk bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN