fbpx
Shamsidar Yahya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Sambutan Syawal Mekdi yang berlangsung di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi hari ini.

McDonald’s sentiasa terbuka terima pekerja, komited santuni komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – McDonald’s Malaysia terus komited menyantuni komuniti sambil membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan menerusi rangkaian restorannya di seluruh negara.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia, Shamsidar Yahya berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan individu yang berminat untuk menyertai tenaga kerja syarikat itu melalui permohonan di laman web rasmi.

Menurutnya, peluang pekerjaan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia sejajar dengan usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.

“McDonald’s Malaysia sentiasa membuka peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia. Sesiapa yang berminat digalakkan untuk memohon,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Sambutan Syawal Mekdi yang berlangsung di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi hari ini.

Dalam pada itu, katanya, menyumbang kembali kepada komuniti merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia yang dilaksanakan secara konsisten sejak 2017.

Katanya, setiap tahun kira-kira 10,000 komuniti disantuni melalui 370 rangkaian restoran di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif kebajikan.

“Sepanjang Ramadan, kami menyumbang Moreh kepada 300 masjid dan surau selain mengagihkan 50,000 baucar makanan kepada pelajar di 20 IPT,” katanya.

Tambahnya, melalui Ronald McDonald House Charities dan kerjasama JAWI Food Bank, pihaknya turut membantu golongan asnaf, anak yatim dan gelandangan selain meneruskan program komuniti di 14 lagi lokasi sepanjang Syawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN