fbpx
Ahli keluarga dan jemaah menunaikan solat jenazah arwah (gambar kecil) di Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18, Shah Alam. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Peniaga pisang goreng maut kemalangan selepas jalani rawatan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tragedi menyayat hati menimpa seorang peniaga pisang goreng yang baru menjalani rawatan jantung apabila maut selepas terlibat kemalangan di sekitar Putrajaya, hari ini.

Lebih memilukan, Allahyarham Saiful Adli Azmi, 42, yang menunggang motosikal sedang menuju pulang ke rumahnya di Presint 17 setelah selesai berniaga di Seksyen 18, di sini.

Bapa mangsa, Azmi Man, 72, berkata, Allahyarham sepatutnya mula kembali berniaga esok selepas pulang bercuti raya di kampung halaman isteri di Kota Belud, Sabah.

“Namun, kami berasa pelik kerana dia datang ke rumah kami secara tiba-tiba untuk berniaga kira-kira pukul 5 petang semalam. Dia sebelum ini menjalani rawatan masalah jantung pada minggu lalu dan sempat beraya lebih seminggu di kampung isterinya,” katanya ketika ditemui di Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18 di sini, petang ini.

Terdahulu, jenazah Saiful Adli disembahyangkan di masjid itu sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN