fbpx
Kapal layar berlabuh di Sungai Dubai yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada 18 Februari 2023. - AFP

‘Super’ kaya elak cukai RM14.3 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Golongan super kaya di seluruh dunia dipercayai menyembunyikan kekayaan mencecah AS$3.55 trilion (RM14.3 trilion) daripada pihak-pihak  berkuasa percukaian,  demikian menurut anggaran oleh pertubuhan bukan kerajaan Oxfam seperti laporan akhbar The Guardian.

Badan amal itu memperbaharui gesaan supaya dunia me­laksanakan levi kekayaan dan mendesak kerajaan-kerajaan  menutup kelompangan cukai.

Berdasarkan kajian kelompok  ahli akademik termasuk ahli ekonomi Perancis, Gabriel Zucman dan Pemerhatian Cukai Kesatuan Eropah (EU Tax Observatory), Oxfam berkata, jumlah kekayaan yang disembunyikan di luar pesisir meningkat dengan ketara kepada AS$13.25 trilion (RM53.39 trilion) pada 2023.

Oxfam menganggarkan bahawa aset berjumlah AS$3.55 trilion (RM14.3 trilion) masih terlindung daripada pihak-pihak berkuasa percukaian. Ia bersamaan lebih tiga peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global. 

Anggaran daripada penyelidikan sebelum ini menunjukkan 80 peratus daripada kekayaan itu atau lebih AS$2.84 trilion (RM11.45 trilion), berkemungkinan dimiliki oleh 0.1 peratus isi rumah terkaya.

Ini bermaksud kumpulan kecil tersebut memegang aset tidak bercukai yang setara dengan jumlah kekayaan separuh termiskin daripada populasi global.

“Apabila jutawan dan bilionair menyembunyi bertrilion-tri­lion dolar di tempat perlindungan cukai luar pesisir, mereka meletakkan diri mereka tidak melaksanakan kewajipan membayar cukai untuk manfaat seluruh masyarakat,” kata ketua cukai Oxfam, Christian Hallum. 

Oxfam adalah sebahagian daripada kempen global untuk menggerakkan gesaan cukai kekayaan progresif global, termasuk melalui rundingan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai rangka kerja untuk kerjasama cukai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN