fbpx
GAMBAR HIASAN.

Hujan lebat di Kedah, Pantai Timur hingga 2 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di tujuh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), cuaca tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 2 pagi nanti.

Antara kawasan terlibat adalah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Selangor (Hulu Selangor dan Gombak).

Bagi sebelah Pantai Timur, hujan lebat diramal melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu).

Selain itu, di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

Huja lebat juga dijangka melanda Sarawak membabitkan Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song dan Belaga), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Bagi Sabah, kawasan yang terlibat antaranya Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN