fbpx
Kon Yeow (tengah) menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Pulau Pinang di Bukit Mertajam, malam tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

PH-BN berisiko hilang undi jika berpecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan menjadi kunci bagi mengelakkan perpecahan undi menjelang pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, formula kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja praktikal di peringkat negeri, malah terbukti berkesan dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran.

“Tanpa kerjasama ini, risiko undi berpecah boleh menyebabkan kehilangan kerusi sekali gus memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengambil kesempatan.

“Bagi kami di Pulau Pinang, kami rasakan yang kami akan lebih kuat bersama. Ini semangat yang kita mahu bawa untuk dapat kepercayaan dan sokongan rakyat,” katanya selepas diminta mengulas berhubung kerjasama antara parti dalam Perpaduan di negeri ini. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Pulau Pinang di Bukit Mertajam di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata, keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini menjadi kekuatan utama yang perlu dipertahankan, terutama dalam menghadapi pelbagai naratif yang dimainkan di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN