fbpx
Kenderaan polis dan keselamatan persendirian berada di luar bangunan Bank of America di Paris semalam. - AFP

Polis gagalkan cubaan serangan bom depan bank AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Polis Perancis berjaya menggagalkan cubaan melakukan serangan bom di luar sebuah bank Amerika Syarikat (AS) di Paris awal semalam apabila mereka menahan seorang individu yang nyaris meletupkan bahan letupan buatan sendiri.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) di hadapan sebuah bangunan Bank of America, yang terletak tidak jauh dari Champs-Elysees.

Polis menahan suspek sejurus selepas dia meletakkan alat diperbuat daripada 5 liter cecair dipercayai bahan api dan sistem penyalaan, kata sumber.

Komponen penyalaan itu mengandungi 650 gram serbuk letupan di dalamnya, demikian menurut penilaian awal. Seluruh peranti itu dibawa ke makmal forensik polis Paris untuk analisis penuh.

Selepas penangkapannya, suspek mengaku merupakan individu bawah umur dan warganegara Senegal, demikian menurut sumber polis, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan identitinya.

Dia ditemani individu kedua, yang melarikan diri apabila pegawai tiba untuk menahan kedua-dua mereka.

Pendakwa raya di pejabat anti keganasan Perancis memberitahu AFP bahawa mereka mengambil alih siasatan dan mengesahkan bahawa suspek berada dalam tahanan polis.

Menurut sumber polis, suspek berkata, dia telah direkrut melalui aplikasi Snapchat untuk menjalankan pengeboman itu sebagai pertukaran untuk sejumlah €600 (RM2,776).

Apabila pegawai rondaan menangkapnya, dia hampir menyalakan peranti itu dengan pemetik api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN