fbpx
Gambar hiasan

Kedah masih panas termasuk Langkawi, Perak dan Pulau Pinang mula ‘berbahang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) apabila mencatatkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan yang terlibat merangkumi seluruh negeri Perlis, empat daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling, serta Hulu Perak di Perak.

“Sementara itu, terdapat 13 kawasan lain berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama,” lapor MetMalaysia.

Kawasan Tahap 1 tersebut melibatkan tujuh daerah di Kedah iaitu Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat adalah kawasan Timur Laut dan Utara (Pulau Pinang), manakala di Perak melibatkan Kinta, Kuala Kangsar serta Perak Tengah.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk maklumat terkini status cuaca panas harian di laman web rasmi MetMalaysia bagi langkah berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN