fbpx
Tangkap layar hantaran pengguna @liyana.johari berkenaan dengan isu pembuangan haiwan peliharaan di sebuah kawasan perumahan semalam.

‘Kepada pemilik kereta ini, tolong kutip balik anjing anda’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu yang didakwa membuang anjing peliharaan di hadapan sebuah kawasan perumahan di Cyberjaya mengundang kemarahan orang ramai semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh @liyana.johari, dia menggesa pemilik haiwan berkenaan untuk segera mengambil semula anjing tersebut sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

“Kepada pemilik haiwan yang buang anjing awak ini, baik ambil balik cepat sebelum penduduk dekat sini buat report (laporan). Kalau tak nak, rehome (penempatan semula), bukan main buang sahaja depan kawasan rumah orang lain,” jelasnya.

Tambahnya, kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk berikutan risiko keselamatan haiwan tersebut dan risiko gangguan jika ia memasuki kawasan kediaman mereka.

“Dia buang dekat situ sebab ingat ada orang boleh bagi makan. Masalahnya kalau anjing itu masuk dalam kawasan residents (penduduk), dah satu hal pula,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa terhadap pemilih haiwan tersebut yang dianggap amat tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna di Threads, Sile.ntoctober, dia tidak memahami bagaimana pemilik yang menganggap haiwan peliharaan seperti keluarga sendiri itu tergamak membuangnya begitu sahaja.

“Kesian, terpinga-pinga anjing tu. Dah tahu tak boleh nak commit (komited), tak perlu la nak bela,” kata pula pengguna Zaechoia.

“Patut nak buang haiwan peliharaan kena didenda penalti mahal, baru mereka tak akan buat macam ini. Sampai hati buang,” ujar pengguna lain.

Sementara itu, penduduk kawasan itu telah pun melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi mengesan pemilik asal untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN