fbpx
Gambar hiasan. - JANAAN AI

Datang beraya 7 ke 8 kereta bukan biadap, itu tradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Inilah satu satunya masa kita nak berkumpul dan ziarah. Jangan salah sangka, orang datang bukan nak nilai kita atau makan dan minum sahaja.”

Itu respons Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad mengenai kenyataan seorang individu yang menggesa supaya ‘budaya’ berkunjung raya dengan kehadiran beberapa buah kereta sekali gus tidak dinormalisasikan.

Dr. Azizul berkata, budaya itu adalah normal terutamanya bagi saudara-mara yang datang jauh dari seluruh pelosok negeri.

“Kena kental hari raya. Saudara-mara jauh datang dari seluruh pelosok negeri. Budaya itu normal, memang sebagai satunya cucu yang tinggal dengan tok kita rasa terbeban tetapi itulah saatnya kita jumpa semua saudara-mara.

“Tiada biadapnya pada saya. Hari raya, hari kita berjumpa. Tetamu datang juga bagi sumbangan raya pada tok dan pak teh waktu itu. Kita sebagai cucu bahagia melihat senyumnya mereka,” katanya di media sosial.

Perkongsian Dr. Azizul itu meraih perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya tersebut.

“Setuju. Masa ni la kita bukan nak makan sangat. Nak ziarah bersua muka sahaja,” ujar seorang pengguna.

“Setahun sekali berjumpa dan berkumpul,” komen @Aida Isma.

“Okey je, Alhamdulillah. Tetamu datang bawa rezeki,” kata @Nor Ismah Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN