fbpx
Rumah tersempit ini terletak di bandar Aucallama, Peru. - Instagram

Rumah ‘sekangkang kera’ lebar 63 sentimeter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIMA – Sebuah rumah di Peru menarik perhatian beribu-ribu pengunjung apabila menampilkan reka bentuk sempit berkeluasan cuma 63 sentimeter lebar, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Direka dan dimiliki oleh penduduk tempatan, Fabio Moreno, kediaman di bandar Aucallama itu menyampaikan idea bahawa kebahagiaan tidak bergantung pada saiz rumah, tetapi lebih kepada memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada. 

Kerangkanya yang sempit dan warna-warna terang menarik ribuan pengunjung, dengan rumah itu dijangka menjadi tarikan pelancongan popular.

Kediaman paling sempit  itu bagaimanapun mempunyai sebahagian besar ciri rumah moden seperti bilik mandi, dapur, ruang makan, lorong, bilik tidur serta ruang belajar dan dobi.

Terletak betul-betul di seberang dataran utama Aucallama, rumah itu boleh dikunjungi oleh orang yang lalu-lalang.

Bagaimanapun, ruang sempit menyukarkan dua atau lebih orang untuk melihat dekorasi dalaman.

Moreno telah menghantar permohonannya kepada Guinness World Records untuk gelaran ‘rumah paling sempit di dunia’, tetapi pengiktirafan itu mungkin mengambil sedikit masa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN