fbpx
DIDI Astillah menempelak netizen yang menuduhkan kakaknya, Bella sengaja tidak membenarkan Aliff Aziz bertemu anak-anak sejak bercerai.

‘Masuk campur tapi tak tahu cerita penuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya, Bella Astillah yang dituduh sengaja menghalang anak-anak daripada bertemu dengan bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz.

Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, menyifatkan individu terbabit sebagai seorang yang suka menjaga urusan hidup orang lain tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang. Tapi tak tahu cerita penuh,” katanya dalam Threads.

Difahamkan, dakwaan tersebut mula timbul apabila Aliff dikatakan tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya.

Malah, netizen terbabit turut mendakwa pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu sering membawa anak-anaknya meluangkan masa bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berbanding ayah kandung mereka.

“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.

“Tak nak bagi anak-anak keliru katanya. Bawa jumpa Syed Saddiq menggatal boleh pula,” kata netizen terbabit.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 9 September 2016.

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali dan berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN