fbpx
Ramanan

Ramanan nafi beliau Mr. R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Datuk Seri R. Ramanan, menafikan dakwaan beliau merupakan Mr. R yang menerima RM9.5 juta dan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Victor Chin.

Beliau berkata, dakwaan tersebut tidak masuk akal kerana beliau tidak mengenali individu terbabit.

“Macam mana saya boleh ambil RM9.5 juta daripada seorang yang saya tak pernah jumpa dalam hidup saya atau tak kenal?
“Individu korporat ini, dia berjaya menipu dan memanipulasi,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh hari ini.

Ramanan berkata, dakwaan tersebut tidak wajar diterima bulat-bulat kerana tidak disertakan sebarang bukti kukuh.

“Macam mana serta-merta cerita ini, kita tak tahu sama ada betul atau tidak, tiada bukti, tidak ada satu pun dokumen dikemukakan sebagai bukti.

“Mana borang pemindahan? Tunjuk bukti mana transaksi itu? Apa bukti yang ada?” katanya.

Susulan itu katanya, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan secara menyeluruh.

Semalam, media melaporkan Victor mendakwa seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu yang didakwanya sebagai skandal mafia korporat.

Bagaimanapun, baki RM500,000 tidak dibayar kerana masalah itu dikatakan tidak diselesaikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN