fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di TikTok oleh @fatinaliashukri berkenaan sekumpulan pemuda membantu warga emas yang mengalami kerosakan motosikat di tepi jalan semalam.

[VIDEO] ‘Terima kasih tolong ayah saya, ayah tak reti guna telefon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular sekumpulan individu tampil menghulurkan bantuan kepada warga emas yang mengalami kerosakan motosikal di tepi jalan semalam.

Tindakan pantas itu bukan sahaja memudahkan urusan warga emas tersebut, malah meredakan kebimbangan anaknya yang sedia maklum bapanya tidak mahir menggunakan telefon bimbit.

Menerusi hantaran video oleh pengguna Ftnaliaa di aplikasi TikTok, warga emas tersebut terkandas di tepi jalan sebelum dibantu beberapa penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Lebih menyentuh hati, hantaran tersebut mendapat maklum balas daripada anaknya di ruangan komen yang menzahirkan rasa syukur tidak terhingga.

“Itu ayah saya, terima kasih kepada yang menolong ayah saya sebab saya pun tak dapat maklumat tentang ayah saya. Ayah saya tak reti guna telefon dan saya pun tak tahu nak cakap macam mana kepada yang berjasa menolong ayah saya,” katanya.

Rata-rata orang ramai turut bersimpati dan memuji tindakan pantas anak muda dalam membantu warga emas yang dalam kesusahan.

Seorang lagi pengguna yang dipercayai anak warga emas itu turut memohon maaf dan menjelaskan tabiat bapanya yang gemar menunggang motosikal meskipun sudah dinasihati.

“Maaf ya, ayah saya memang suka naik motor jalan-jalan. Kami dah beritahu jangan pergi ke bandar, tapi dia memang tak reti duduk diam. Dari muda memang suka kerja jalan-jalan naik motor. Terima kasih orang baik tolong ayah saya, semoga dipermudahkan urusan,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 248,200 tontonan, 15,900 tanda suka dan 488 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN