fbpx
Gambar hiasan.

Tiga undang-undang baharu langkah tepat bendung rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cadangan menggubal sekurang-kurangnya tiga undang-undang baharu bagi menangani salah guna dana awam, rasuah berskala besar serta meningkatkan ketelusan pembiayaan politik disambut baik pelbagai pihak.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata langkah yang dicadangkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki itu sebagai tepat pada masanya berikutan bentuk rasuah kini semakin kompleks dan terselindung.

Beliau berkata, antara keutamaan ialah penggubalan Akta Salah Laku Dalam Jawatan Awam bagi menutup ruang ‘kelabu’ yang sering disalah guna walaupun tidak melibatkan rasuah secara langsung.

“Integriti penjawat awam mesti dilindungi melalui undang-undang yang jelas dan tegas. Pencegahan lebih berkesan berbanding tindakan selepas kes berlaku,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggubalan undang-undang pembiayaan politik merupakan reformasi paling kritikal dalam membanteras rasuah sistemik.

Katanya, ketiadaan peraturan jelas membuka ruang kepada konflik kepentingan, ‘policy capture’ serta rasuah berskala besar yang sukar dikesan.

“Undang-undang ini perlu merangkumi pendedahan sumbangan politik, had dana individu dan korporat serta audit bebas secara berkala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI