fbpx
GAMBAR HIASAN

Gelombang haba landa Pendang, Padang Terap dan Baling, KL berjaga-jaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga kawasan di Kedah kini berada pada Tahap 2 (gelombang haba) susulan suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kemas kini setakat pukul 4 petang hari ini memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah Pendang, Padang Terap dan Baling.

Katanya, sebanyak 15 kawasan lain pula berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Kawasan tersebut adalah seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Sik, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terkesan Timur Laut dan utara di Pulau Pinang, Hulu Perak, Selama, Kinta dan Kuala Kangsar (Perak) dan Kuala Lumpur.

MetMalaysia berkata, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, manakala tahap berjaga-jaga pula melibatkan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan sentiasa peka terhadap perkembangan semasa cuaca bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas melampau.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk melalui laman web rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI