fbpx

XPPen Lancar Artist Pro 27 (Gen 2), Paparan Lukisan Serba Lengkap dengan Prestasi Warna Bertaraf Pakar dan Penyelesaian X-Touch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LOS ANGELES, 20 Mac 2026 /PRNewswire/ — XPPen, peneraju global dalam inovasi seni digital, hari ini memperkenalkan paparan lukisan utama terbarunya, Artist Pro 27 (Gen 2). Menggabungkan prestasi warna bertaraf profesional dengan penyelesaian X–Touch termaju pada skrin 4K 120Hz 27-inci, model utama ini menawarkan pengalaman kreatif yang transformatif, membolehkan pencipta profesional menerobos sempadan kraf mereka dengan fideliti warna yang mengagumkan serta aliran kerja yang intuitif dan cekap.

XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)
XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)

"Di XPPen, kami kekal komited untuk memajukan teknologi seni digital serta memperkasakan pencipta dengan alat profesional dan pengalaman melukis premium," kata Brian Huang, Pengarah Pemasaran di XPPen. "Diposisikan sebagai Paparan Lukisan Skrin Sentuh Color Master, Artist Pro 27 (Gen 2) menetapkan standard baharu bagi paparan utama yang menawarkan ruang kerja berformat besar, prestasi tinggi serta aliran kerja yang cekap untuk pencipta profesional. Ia melengkapkan barisan profesional premium XPPen melalui siri Artist Pro yang merangkumi saiz bermula daripada 14 hingga 27 inci, sekali gus menyediakan laluan naik taraf yang jelas kepada pencipta apabila cita-cita mereka berkembang."

Prestasi Warna Bertaraf Pakar: Fideliti Beraneka

Artist Pro 27 (Gen 2) menyokong 1.07 bilion warna dengan liputan gamut warna 99% Adobe RGB, 99% sRGB dan 97% Display P3, memberikan fideliti warna bertaraf pakar serta peralihan cahaya dan bayang yang halus untuk karya seni yang tampak hidup. Dengan pensijilan Calman Verified dan dikalibrasi kilang kepada Delta E < 1, ia memastikan ketepatan siap sedia dan prestasi warna profesional—disokong lagi oleh perisian pengurusan warna XPPen ColorMaster yang disertakan.

XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)
XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)

Penyelesaian X-Touch Termaju: Aliran Kerja Pintar

Artist Pro 27 (Gen 2) mengintegrasikan penyelesaian X–Touch termaju, iaitu sistem kawalan sentuhan canggih yang direka untuk interaksi intuitif dan responsif. Dengan sokongan gerak isyarat sentuhan bagi Windows dan macOS, pencipta boleh mula menggunakan peranti ini dengan mudah sejak hari pertama. Berbilang sentuhan dengan sepuluh titik membolehkan tindakan pada skrin yang tepat—termasuk jepit-untuk-zum, putaran dan navigasi kanvas yang lancar—memastikan setiap pergerakan bertindak balas dengan tepat dan segera. Gerak isyarat yang boleh disesuaikan sepenuhnya, berserta zon tanpa sentuhan ditakrifkan pengguna yang mengelakkan sentuhan tidak sengaja dengan berkesan, membolehkan pencipta menyesuaikan kawalan mengikut aliran kerja mereka, sekali gus meminimumkan gangguan dan mengekalkan aliran kreatif.

XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)
XPPen Artist Pro 27 (Gen 2)

Paparan Mega 4K 120Hz 27-Inci: Kejelasan Imersif

Bagi golongan profesional yang berfikir dan mencipta pada skala besar, paparan 27 inci menawarkan ruang kerja luas yang membolehkan pencipta melihat keseluruhan karya seni mereka tanpa perlu melakukan zum atau pendar secara berterusan. Dengan resolusi 4K, kadar segar semula 120Hz dan masa respons 5ms, ia memberikan kejelasan luar biasa sambil mengurangkan pendaman berus dengan ketara dan meminimumkan kesan kabur gerakan semasa goresan pantas.

Kaca terukir berluminositi generasi baharu yang berukuran hanya 0.7 mm tebal meningkatkan kehantaran cahaya sebanyak 30% berbanding generasi terdahulu, memberikan permukaan yang lebih bersih dan lebih terang yang mengekalkan rasa seperti kertas yang semula jadi, sambil mengurangkan cap jari dan meminimumkan silau. Sementara itu, pensijilan TÜV SÜD Low Blue Light (Cahaya Biru Rendah TÜV SÜD) memastikan keselesaan berpanjangan semasa sesi kreatif yang panjang.

Integrasi Bertaraf Studio: Kecekapan Profesional

Direka untuk pencipta profesional dan studio kreatif, paparan ini dilengkapi pelbagai aksesori komprehensif bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan aliran kerja. Penyokong boleh laras menyokong pelarasan sudut sebelah tangan bermula daripada 16° hingga 72° untuk keselesaan ergonomik sepanjang hari. Dua stilus X3 Pro — X3 Pro Slim Stylus dan X3 Pro Smart Chip Stylus — masing–masing menawarkan 16,384 tahap tekanan yang utama dalam industri, mengupayakan kawalan yang semula jadi dan tepat untuk pelbagai variasi goresan. Papan kekunci tanpa wayar pula menawarkan grid 10×4 dengan kekunci pintasan yang boleh disesuaikan sepenuhnya bagi akses segera kepada arahan penting. Dengan keserasian luas merentasi Windows, macOS, Android, ChromeOS dan Linux, Artist Pro 27 (Gen 2) berintegrasi lancar ke dalam sebarang persediaan kreatif, sama ada bertukar-tukar antara peranti atau perisian.

Harga dan Ketersediaan

XPPen Artist Pro 27 (Gen 2) akan tersedia bermula 20 Mac 2026 pada harga $1,899. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.xp-pen.com/product/artist-pro-27-gen-2.html (Harga dan ketersediaan mungkin berbeza-beza mengikut kawasan).

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4908793_MS08793_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI