fbpx
Beratus-ratus penduduk Kota Bima menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi. - Polis Kota Bima

300 jemaah solat sunat Aidilfitri pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-ratus penduduk Kota Bima, wilayah Nusa Tenggara Barat menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi, lapor portal berita NTB Satu hari ini. 

Solat sunat tersebut diadakan di Sekolah Pondok Darul Ulum Wal Amal di Desa Ntobo sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan). 

Ketua Polis Kota Bima, AKBP Hariyanto mengesahkan bahawa solat sunat Aidilfitri yang disertai kira-kira 300 jemaah itu berjalan dengan lancar dan selamat. 

“Anggota kami dikerahkan untuk memantau acara tersebut sehingga selesai. Ia tamat pada pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) dalam keadaan yang kondusif,” kata Hariyanto. 

Beliau menggesa orang ramai untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman sambil menekankan kepentingan untuk menghormati perbezaan sebagai satu toleransi dan kematangan dalam aspek keagamaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN