fbpx
Gambar hiasan

Duit bertunang RM10,000 dalam bank lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat menyimpan duit untuk pertunangan bertukar mimpi ngeri apabila seorang pengguna aplikasi MAE mendakwa wang simpanannya berjumlah RM10,000 tiba-tiba ‘lesap’ tanpa sebarang rekod transaksi.

Menerusi satu hantaran di laman Threads oleh @Niarxhman, kejadian itu disedarinya sekitar pukul 5.30 petang semalam apabila tabung simpanan yang sebelum ini memaparkan jumlah tersebut secara tiba-tiba menjadi RM0. Lebih mengelirukan, cubaan untuk mengeluarkan wang gagal apabila sistem memaparkan mesej ralat “participant not found for withdraw”.

“Lepas tu terus kosong, tapi tak ada langsung rekod duit keluar,” katanya.

Dia memaklumkan wang tersebut merupakan simpanan khas untuk tujuan pertunangan, sekali gus menjejaskan perancangan penting dalam hidupnya.

Dia turut menjelaskan bahawa dirinya telah pergi ke cawangan bank pada 7 Mac bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tersebut.

Selain itu, beberapa panggilan kepada khidmat pelanggan turut dibuat pada 7, 17 dan 18 Mac, namun masih belum memperoleh jawapan yang jelas.

“Dah follow up kes lepas tunggu 14 hari, siap semak dengan fraud team sebab mula rasa curiga,” jelasnya.

Tambahnya, dia turut mencuba langkah teknikal termasuk memadam aplikasi, log keluar dan log masuk semula, namun masalah berkenaan masih berlarutan.

Emel kepada pihak khidmat pelanggan pula hanya menerima maklum balas automatik tanpa sebarang perkembangan terkini.

Dalam masa sama, mangsa mempersoalkan kedudukan sebenar wang tersebut dalam sistem serta ketiadaan kemas kini sepanjang tempoh siasatan.

“Kalau ada progress, kenapa tiada update? Sampai saya sendiri kena call banyak kali.

Duit tu sekarang sebenarnya dekat mana dalam sistem?” Soalnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN