fbpx
Norrizam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, susulan melakukan khianat ke atas CCTV yang merakamnya terkencing di belakang lorong premis klinik, minggu lalu. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Lelaki pecahkan CCTV klinik rakam dia kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Padah buat seorang lelaki apabila perbuatannya memecahkan televisyen litar tertutup (CCTV) milik sebuah klinik selepas menyedari perbuatannya membuang air kecil terakam telah dijatuhkan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini.

Majistret, Elizabeth Low menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Norrizam Muhammad, 58, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut menetapkan hukuman sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Vesvanathan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN