fbpx
Gambar hiasan.

Wanita didenda RM3,000 curi emas pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang wanita didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri barang kemas milik pesakit di Zon Hijau Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 13 Mac lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Siti Aisyah Rusly, 38, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah menetapkan tertuduh boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencuri seutas rantai leher emas beserta loket, seutas gelang tangan emas, seutas gelang kaki emas dan sepasang subang emas milik seorang wanita berusia 56 tahun antara pukul 4.30 hingga 6.30 petang pada 13 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI