fbpx
Salah satu dekorasi pelita panjut dan lampu hiasan yang dipasang sempena malam tujuh likur di Felda Jerangau, Dungun semalam.

Malam tujuh likur Felda Jerangau meriah ‘bermandi’ cahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Suasana malam tujuh likur Felda Jerangau di sini, meriah dengan ‘bermandikan’ cahaya dengan pemasangan ribuan dekorasi pelita raya dan lampu hiasan oleh penduduk mulai malam tadi.

Ketua Peneroka Felda Jerangau, Wan Mohd. Rashid Wan Ismail, berkata, mereka menyahut saranan pengurusan Felda untuk mengembalikan nostalgia malam tujuh likur yang pernah menjadi tradisi masyarakat dahulu.

“Buat pertama kali seluruh Felda Jerangau ‘bermandikan’ cahaya dengan ribuan pelita panjut dan lampu hiasan bagi memeriahkan malam tujuh likur. Ia melibatkan semua enam zon kawasan perumahan peneroka yang terdapat di tanah rancangan ini,” katanya ketika ditemui di Felda Jerangau di sini malam tadi.

Wan Mohd. Rashid berkata, aktiviti selingan seperti pertandingan keceriaan, memasak dan pertunjukan silat turut dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan penduduk menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI