fbpx
MUHAMAD JUFRY (kanan) dan Muhammad Adam ketika ditemui di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di Tapah Road, Tapah kelmarin.

Tiada lagi pelukan ketenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Meskipun kehidupan tidak sempurna tanpa kehadi­ran insan tersayang bergelar ibu bapa, dua anak yatim tetap reda dengan ketentuan Ilahi tersebut.

Muhamad Jufry Jaafar, 17, kehilangan ibu bapa, manakala Muhammad Adam Darwisy Azrulaffindi, 16, masih terasa de­ngan kehilangan ibu tercinta awal tahun ini.

Bagi mengubat kerinduan terhadap orang tua masing-masing mereka menumpang kasih ‘keluarga’ Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di Tapah Road, di sini sejak beberapa tahun lalu bagi meraikan Aidilfitri.

Muhamad Jufry berkata, dia tetap bertabah hati walaupun tidak dapat melupakan kenangan berpelukan dengan ibu bapa pada pagi raya.

“Itu rutin wajib setiap kali raya, sebaik selesai bersalaman dan memohon maaf kami berpelukan antara satu sama lain.

“Entahlah, sebaik sahaja arwah ibu ayah peluk, saya rasa ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata selain air mata mengalir tiba-tiba menyesali kesilapan selama ini,” katanya di sini kelmarin.

Dia juga amat merindukan kuih bakar tradisional yang sering dibuat bersama ibu bapanya.

“Ayah meninggal dunia akibat penyakit gout kritikal enam tahun lalu, ibu pula ‘pergi’ secara mengejut empat tahun lalu.

“Di maahad ini ramai kawan-kawan jadi kerinduan itu terubat selain sesekali dapat menjamu makanan lazat,” katanya.

Muhammad Adam yang baru kehilangan ibu tercinta pula berkata, dia akan bangun awal sekitar pukul 5 pagi kerana tidak sabar untuk menikmati juadah raya kegemaran iaitu laksa selain menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berdekatan rumah.

“Apabila berpelukan dengan ibu bertambah erat kasih dan sayang tetapi kini ia hanya tinggal kenangan,” ujarnya sayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN