fbpx

Festival of Marketing Buat Penampilan Sulung di Asia di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Peluasan geografi pertama pesta pemasaran terkemuka UK menghimpunkan pemasar paling beraspirasi Asia untuk satu pengalaman sehari berimpak tinggi

HONG KONG, 16 Mac 2026 /PRNewswire/ — Haymarket Media Asia, penerbit Campaign, hari ini mengumumkan pelancaran Festival of Marketing Asia (FoM Asia), yang akan berlangsung pada 3 September 2026 di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.

Festival of Marketing Asia 2026
Festival of Marketing Asia 2026

Acara ini menandakan pengembangan geografi pertama Festival of Marketing yang terkenal dari United Kingdom sejak Haymarket memperoleh perniagaan tersebut daripada Centaur Media pada 2025.

Berdasarkan kejayaannya di UK, di mana Festival of Marketing menghimpunkan lebih 1,000 pemasar setiap tahun, festival ini kini diperluas ke Asia bagi menghimpunkan ekosistem pemasaran serantau di satu platform untuk meneroka bagaimana menjadi pemasar moden dalam era transformasi yang pesat.

Misi festival ini adalah untuk memperkasa pemasar yang bercita-cita tinggi untuk membina jenama yang lebih kukuh dengan menyediakan pengetahuan, pandangan dan alat praktikal yang diperlukan bagi memacu perubahan bermakna dan menangani cabaran utama industri.

Direka sebagai pertemuan berimpak tinggi yang dikurasi khas untuk pemimpin pemasaran peringkat pertengahan hingga kanan, FoM Asia berhasrat menjadi salah satu platform paling berpengaruh di rantau ini bagi pemikiran berani, pertumbuhan yang boleh diukur serta pertukaran idea antara rakan industri. Lembaga Penasihat FoM Asia, yang terdiri daripada pemimpin kanan terpilih daripada sektor B2C dan B2B, memainkan peranan penting dalam membentuk agenda acara agar mencerminkan realiti dan keutamaan landskap pemasaran Asia yang pelbagai.

Lembaga Penasihat FoM Asia merangkumi:

  • Kaveri Khullar, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Pengguna & Penajaan, APAC, Mastercard
  • Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia
  • Abdul Sani Abdul Murad, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, RHB Banking Group
  • Lauren Minkyong Kal, Pengarah – Jenama & Pengalaman Pelanggan, Operasi Antaranbangsa Pemasaran Global, Schneider Electric
  • Melissa Lim, Ketua Global Marketing Corporate & Investment Banking & SC Ventures, Standard Chartered Bank
  • Mohamed Elsharkawy (Sharky), Naib Presiden Jenama Global, CLEAR & CMO Hair China, Unilever

Dalam tahun sulungnya, FoM Asia akan menggunakan format acara satu hari yang dirangka dengan teliti bagi mengimbangi inspirasi dan aplikasi praktikal. Program ini merangkumi perbincangan utama di pentas utama, trek kandungan khusus, bengkel interaktif, pameran pengalaman dan peluang perangkaian yang dikurasi.

Program tersebut direka khusus bagi pasaran Asia yang berkembang pesat bagi memastikan setiap sesi menawarkan keterkaitan praktikal dan wawasan strategik.

Sorotan Program:

  • Pentas Utama: "The Big Picture" 
    Perbahasan strategik dan analisis mengenai faktor yang membentuk semula pemasaran di Asia.
  • Pentas Berfokus:
    • Creating Customer Value – Dibina untuk pemimpin yang berpusatkan pelanggan, kandungan ini meneroka cara mengumpul, mentafsir dan mengaktifkan data untuk menguasakan penglibatan yang bermakna dan kempen berimpak tinggi.
    • Excellence in B2B – Mencabar pendekatan tradisional kepada pemasaran B2B dan menetapkan standard baharu untuk kecemerlangan sektor
  • Serambi Ilmu
    Sesi kumpulan kecil tidak formal yang membolehkan peserta meneroka alat praktikal, pandangan boleh dilaksana dan kajian kes dunia sebenar yang boleh digunakan dengan segera.
  • Bilik Lembaga Ketua Pegawai Pemasaran / Ketua Pegawai Strategi
    Sesi eksklusif tertutup bagi pembuat keputusan kanan, diadakan bersama dengan majlis industri yang terkemuka, untuk membolehkan perbincangan strategik dan perkongsian pengetahuan yang telus antara rakan sejawatan.

FoM Asia akan menghimpunkan pemasar jenama, pemimpin MarTech (teknologi pemasaran), pemilik media serta rakan kongsi agensi bagi mewujudkan platform kerjasama bermakna merentasi rantaian nilai pemasaran.

Pengarah Urusan Haymarket Media Asia, Atifa Silk berkata "Festival of Marketing telah membantu mentakrifkan aspirasi pemasaran moden di UK dan kami teruja membawa semangat yang sama ke Asia buat pertama kali."

"FoM Asia direka sebagai pertemuan bernilai tinggi yang memberi keutamaan kepada hubungan bermakna antara pemimpin industri dan pemasar yang bercita-cita tinggi. Fokus kami adalah untuk menghimpunkan mereka dalam persekitaran yang mementingkan kualiti berbanding skala.  Kuala Lumpur ialah hab dinamik yang terhubung bagi pemimpin serantau, dan FoM Asia akan menyediakan ruang khusus untuk mereka berkongsi idea yang berani, mencabar kebiasaan, dan membina hubungan yang dapat memberikan impak perniagaan yang sebenar.

Pengarah Acara Festival of Marketing Asia, Jaime Ng menambah "Sejak dari mula, konsep acara satu hari ini dirangka khusus untuk menghormati jadual sibuk pemimpin pemasaran dan pada masa yang sama tetap menawarkan nilai yang tinggi kepada peserta."

"Para delegasi boleh menjangkakan ucaptama strategik di pentas utama, sesi mendalam berkaitan nilai pelanggan, kecemerlangan B2B dan pemasaran inklusif, perbincangan bilik lembaga pegawai kanan dan peluang rangkaian terpilih. Matlamat kami mudah: setiap pemasar yang hadir akan pulang dengan idea yang boleh diambil tindakan dan rangkaian serantau yang lebih mantap."

Nyatakan Minat Anda untuk Hadir: Pemimpin pemasaran dijemput untuk menyatakan minat menyertai Festival of Marketing Asia 2026 bagi menerima kemas kini acara, pengumuman acara dan akses awal kepada tiket apabila pendaftaran dibuka.

Maklumat lanjut dan pendaftaran minat, lawati: https://bit.ly/4sAUmoF.

Festival of Marketing Asia turut mengumumkan PR Newswire sebagai rakan media rasmi bagi acara 2026.

Latar Belakang Festival of Marketing

Festival of Marketing merupakan salah satu acara utama dunia bagi pemasar jenama, menggabungkan inspirasi dan aplikasi praktikal melalui ucaptama, trek kandungan pelbagai, bengkel serta perangkaian yang disusun pilih. Dilancarkan di UK pada 2013, festival ini menghimpunkan ribuan pemasar dari pelbagai industri setiap tahun untuk meneroka idea, teknologi dan strategi yang memacu impak perniagaan sebenar.
www.festivalofmarketingasia.com/

Latar Belakang Campaign Asia-Pacific

Campaign Asia-Pacific menyediakan pandangan mendalam mengenai idea, karya dan tokoh yang membentuk industri komunikasi pemasaran. Melalui dialog terbuka serta pendedahan inovasi berimpak tinggi, platform ini menjadi sumber penting bagi profesional pemasaran di seluruh dunia.
www.campaignasia.com

Latar Belakang Haymarket Media Limited

Haymarket Media Group, syarikat induk kepada Campaign Asia-Pacific, mengendalikan lebih 70 jenama penerbitan terkemuka dengan kehadiran di pasaran utama termasuk UK, Amerika Syarikat, Hong Kong SAR, Singapura dan India. Kumpulan ini memberi tumpuan kepada penyampaian kandungan khusus dan pengalaman industri yang menghubungkan komuniti profesional di seluruh dunia.
www.haymarket.com 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4907631_MS07631_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI