SEGAMAT – Orang ramai sanggup beratur panjang sehingga ada yang kebas kaki untuk menukar duit raya di beberapa buah bank di sini, menjelang sambutan Aidilfitri yang semakin hampir. Mereka yang enggan beratur panjang pula sanggup mengupah ‘runner’ bagi mendapatkan wang kertas baharu untuk anak, cucu, saudara-mara dan tetamu yang bakal berkunjung. Baharuddin Ajmal, 45, berkata, dia akhirnya berjaya menukar duit baharu selepas beberapa kali percubaan di beberapa buah bank gagal sebelum ini. “Kelmarin saya tengok orang beratur panjang di bank…














