fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh MAINS di laman Threads.

‘Barista tepi longkang’ bayar zakat RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Siapa sangka bermula dengan menjual kopi dari sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di tepi jalan, seorang bekas anggota tentera kini mampu membayar zakat perniagaan mencecah RM10,000 setahun.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di laman Threads baru-baru ini Ariff yang menjalankan perniagaan dikenali sebagai Ariff’s Coffee First cukup dikenali dalam kalangan penduduk sekitar Ampangan di Seremban kerana menjual kopi dari kenderaannya di tepi jalan.

Dia menggunakan sebuah kenderaan SUV jenis Kia Sportage yang diubah suai sebagai mobil kafe untuk menjual kopi kepada pelanggan di sekitar Ampangan.

“Dah 10 tahun jadi barista jalanan, hari ini Ariff mampu bayar zakat perniagaan cecah RM10,000,” katanya.

Tambahnya, gelaran ‘meniaga tepi longkang’ itu sebenarnya datang daripada Ariff sendiri yang terkenal dengan sikap merendah diri walaupun perniagaannya semakin dikenali.

Katanya, Ariff turut berkongsi bahawa kehidupannya berubah selepas menunaikan zakat perniagaan secara konsisten.

“Lepas dia bayar zakat, hidup dia memang lain. Rezeki sentiasa cukup, kesihatan terjaga,” katanya.

Kisah tersebut turut dijadikan inspirasi oleh MAINS bagi menggalakkan lebih ramai usahawan menunaikan zakat perniagaan tanpa rasa khuatir.

“Kita ni sampai takut nak keluar zakat. Sebab takut rezeki berkurang, berniaga tak untung.

“Tapi kita kena ingat dan tanam dalam diri, janji Allah pasti tepat dan benar. Apa yang kita belanjakan pada jalan-Nya, pasti akan dilipatgandakan,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN