fbpx
Allahyarham Baazlan

Jurufoto senior Utusan Malaysia, Kosmo! meninggal dunia dalam tidur 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jurugambar sambilan Kosmo! dan Utusan Malaysia, Baazlan Che Wan Ibrahim meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Stulang, di sini awal pagi tadi.

Anak Allahyarham, Che Wan Mahmud Al-Bakri berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu selepas dihubungi ibu tirinya kira-kira pukul 7 pagi.

“Saya dimaklumkan dia (arwah bapa) meninggal dunia ketika dalam tidur. Isterinya cuba kejutkan untuk sahur tetapi dia tidak sedarkan diri. Pasukan paramedik yang tiba di rumah mengesahkan bapa sudah meninggal dunia.
“Allahyarham berusia 65 tahun dan tidak mempunyai penyakit kronik. Sebelum ini arwah mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, tetapi terkawal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Che Wan Mahmud, dia perasan mengenai perubahan sikap Allahyarham sejak awal tahun apabila kerap meluangkan masa untuk bertemu dengannya serta dua cucu yang berusia enam tahun dan lima bulan di Kuala Lumpur.

“Sejak awal tahun arwah kerap kerap datang ke rumah saya untuk meluangkan masa bersama kami. Tidak sangka ini pula yang berlaku. Allahyarham sudah lama terlibat dalam industri media dan mempunyai ramai kenalan. Semoga Allah beri balasan yang baik-baik untuk dia,” katanya.

Che Wan Mahmud memberitahu, jasad Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Chenor, Pahang untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI