fbpx
SULAIMAN (kiri) dan Anisah di rumah baharu yang diterima di bawah program Rumah Kasih Johor di Kampung Parit Makuaseng, Benut, Pontian.

Beraya di rumah sendiri selepas 2 dekad menumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Syawal yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi membawa sinar gembira buat sepasang suami isteri apabila dapat beraya buat pertama kali di rumah baharu di bawah program Rumah Kasih Johor (RKJ).

Impian Sulaiman Bachok, 58, dan isterinya, Anisah Alam, 52, untuk mempunyai kediaman sendiri akhirnya tercapai selepas lebih 20 tahun menumpang di rumah ibu bapa.

Menurut Sulaiman, kediaman baharu itu dibina di atas tanah milik mereka di Kampung Parit Makuaseng, Benut, di sini.

“Sekarang kami sedang berkemas dan memindahkan barang-barang penting seperti katil dan peralatan dapur,” katanya ketika ditemui di sini.

Rumah di bawah program RKJ itu mula dibina pada November tahun lalu dan siap sepenuhnya pada Disember lalu yang dilengkapi dua bilik tidur, satu
bilik air, ruang tamu serta dapur.

Bagi menyediakan tapak pembinaan, Sulaiman berkata, dia mengeluarkan RM7,500 untuk kerja menambak tanah sebelum pihak kontraktor memulakan pembinaan rumah.

Sulaiman berkata, selepas sambutan Aidilfitri nanti dia bercadang mengadakan majlis doa selamat sebagai tanda kesyukuran kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia 23 tahun yang kini bekerja sebagai pembantu guru di sebuah tadika swasta di Benut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN