fbpx
Beberapa syarikat kurier mula berkongsi tarikh penting penghantaran bungkusan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan barangan dapat diterima sebelum perayaan.

Syarikat kurier kongsi tarikh akhir pos barang, sebelum 16 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa syarikat kurier mula berkongsi tarikh penting penghantaran bungkusan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan barangan dapat diterima sebelum perayaan.

J&T Express memaklumkan pelanggan disaran membuat penghantaran lebih awal berdasarkan tarikh-tarikh tertentu.

“Bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia, tarikh penghantaran optimum adalah sebelum 16 Mac bagi memastikan bungkusan sampai sebelum Hari Raya.

“Sementara itu, bagi laluan Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak serta sebaliknya, pelanggan disaran menghantar bungkusan sebelum 12 Mac,” ujarnya.

Bagi penghantaran antara Sabah dan Sarawak, tarikh optimum pula adalah sebelum 14 Mac.

Ninja Van pula memaklumkan tarikh penghantaran terakhir bagi memastikan bungkusan sempat tiba sebelum Hari Raya adalah 13 Mac bagi Sabah dan Sarawak manakala 16 Mac bagi Semenanjung Malaysia.

Selain itu, syarikat tersebut turut menetapkan 13 Mac sebagai tarikh akhir pengambilan bungkusan bagi perkhidmatan tertentu.

“Semua penghantaran akan dihentikan sementara bermula 21 Mac dan operasi dijangka disambung semula pada 23 Mac,” jelasnya

City-Link Express pula memaklumkan bagi Semenanjung Malaysia, tarikh yang disarankan ialah 16 Mac manakala bagi Sabah dan Sarawak pula pelanggan disaran membuat penghantaran sebelum 13 Mac.

Operasi akan berjalan secara terhad pada 20 Mac , sebelum ditutup sementara bermula 21 hingga 23 Mac.

GD Express pula menetapkan tarikh pengambilan bungkusan bagi Semenanjung Malaysia adalah sehingga 16 Mac.

Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak, pelanggan disaran membuat penghantaran sebelum 13 Mac dan bungkusan yang dihantar selepas tarikh yang dinyatakan hanya akan sampai kepada penerima selepas 24 Mac.

Dalam masa sama, Pos Malaysia memaklumkan beberapa perkhidmatan penghantaran dan pengambilan bungkusan akan ditutup pada 21 dan 22 Mac sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Operasi juga ditutup pada 23 Mac di Johor sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor serta pada 24 Mac di Melaka dan Johor sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN