fbpx
Trump bercakap kepada pemberita semasa sidang akhbar di Doral, Florida semalam. - AFP

Trump beri bayangan perang berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengisytiharkan perang Amerika Syarikat (AS) dengan Iran ‘boleh dikatakan sangat lengkap’ serta bakal berakhir tidak lama lagi, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Trump berkata, serangan AS dan Israel selama 10 hari telah memusnahkan tentera laut, tentera udara dan komunikasi Tehran.

Kenyataan mengejut  itu menyaksikan harga minyak global turun di bawah AS$90 (RM354), sehari selepas satu tong minyak mentah menghampiri harga AS$120 (RM472).

Trump memberitahu saluran berita CBS News: “Saya rasa perang ini sangat lengkap, boleh dikatakan. Jika anda lihat, mereka (Iran) tidak mempunyai apa-apa lagi. Mereka tiada tentera laut, tiada komunikasi, mereka tiada tentera udara.”

“Menamatkan semua ini ada dalam fikiran saya,” tambahnya.

Tidak lama selepas itu, dalam ucapan kepada wakil-wakil Parti Republikan di rumah peranginannya di Mar-a-Lago, Florida, Trump menambah: “Kita sudah menang dalam banyak cara, tetapi kita belum menang secukupnya.”

Menjelaskan keputusannya untuk menyerang Iran 10 hari lalu, beliau berkata: “Saya sangkakan mereka akan menyerang kita.

“Sebaliknya, mereka menyerang negara-negara jiran mereka. Jiran mereka agak berkecuali, justeru (negara Teluk) tidak akan menyerang.”

Ditanya sama ada perang akan berakhir seawal minggu ini, Trump menjawab: “Tidak. Namun, tidak lama lagi. Saya fikir tidak lama lagi.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI