fbpx
Salah sebuah dron yang digunakan JPJ untuk memantau kenderaan perantau pada Ops Hari Raya Aidilfitri yang bermula 13 Mac ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

Dron pantau pemandu buat onar ketika pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan lima dron untuk memantau dan mengesan kesalahan pengguna jalan raya sempena Ops Hari Raya Aidilfitri bermula pada 13 Mac ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, Kelantan merupakan antara negeri yang terpilih menggunakan teknologi berspesifikasi tinggi itu sebelum diikuti beberapa negeri lain.

Menurutnya, salah satu dron tersebut boleh mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan di jalan raya.

“Dron yang digunakan mempunyai spesifikasi tinggi termasuk keupayaan zoom sehingga 200 kali bagi membolehkan nombor pendaftaran kenderaan dikenal pasti dengan jelas walaupun dari jarak jauh.

“Setiap rakaman video dan imej kesalahan akan disimpan untuk dijadikan sebagai bukti bagi tindakan penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerapan Nila-Nilai Murni Peringkat Stesen Penguat Kuasa JPJ di Labok di sini awal pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN