![]() |
– Diiktiraf sebagai satu-satunya BPO dalam kategori tersebut kerana memajukan kerja hibrid, kepimpinan dan transformasi yang dipacu oleh tenaga kerja.
MUMBAI, India, 7 Mac 2026 /PRNewswire/ — Startek®, penyedia penyelesaian pengalaman pelanggan (CX) global yang mengutamakan pendekatan digital, mengumumkan bahawa syarikat itu telah menerima anugerah "Excellence in Change Transformation" di Human Capital Awards 2026 anjuran The Economics Times. Pengiktirafan itu diberikan pada 19 Februari dalam satu majlis berprestij yang dianjurkan oleh The Economic Times.
Economic Times (ET), salah satu akhbar kewangan terbesar di dunia dan penerbitan media terkemuka, memulakan Human Capital Awards untuk mengiktiraf organisasi yang memupuk modal insan dengan melabur dalam sumber manusia, proses dan budaya. Startek merupakan satu-satunya BPO yang diiktiraf dalam kategori ini.
Anugerah ini melalui proses penilaian tiga langkah yang ketat, termasuk penyerahan terperinci amalan pengurusan tenaga kerja, penilaian awal oleh tabulator rasmi dan pembentangan juri utama akhir di hadapan pemimpin terkemuka dari pelbagai industri. Kriteria penilaian memberi tumpuan kepada strategi dan inovasi, eksekusi dan pelaksanaan, impak perniagaan yang boleh diukur dan hasil pengalaman bakat.
Startek diiktiraf untuk inisiatif transformasi perubahan komprehensifnya merentasi pengurusan tempat kerja hibrid, penglibatan pekerja, keupayaan kepimpinan, komunikasi telus, perkembangan pembelajaran dan kerjaya, keterangkuman dan kesejahteraan sekutu. Inisiatif-inisiatif ini telah meningkatkan ketangkasan organisasi di samping meningkatkan pengalaman pekerja dan hasil prestasi yang boleh diukur.
"Di Startek, transformasi adalah perjalanan berterusan untuk berkembang dengan bertujuan," kata SM Gupta, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Startek. "Fokus kami adalah untuk membina organisasi yang berdaya tahan dan bersedia untuk masa depan dengan menyelaraskan budaya, kepimpinan dan keupayaan dengan strategi perniagaan. Diiktiraf untuk Kemerlangan dalam Transformasi Perubahan mengukuhkan kepercayaan kami bahawa pertumbuhan lestari bermula dengan melabur untuk kepentingan pekerja dan mewujudkan persekitaran yang membolehkan mereka berkembang maju."
Beroperasi merentasi pelbagai geografi, Startek terus memajukan rangka kerja hibrid dan strategi pengurusan tenaga kerja untuk memacu penglibatan, akauntabiliti dan nilai jangka panjang untuk pelanggan dan rakan sekerja.
Maklumat Tentang ETHRworld
ETHRworld adalah inisiatif digital baharu oleh The Economic Times. Ia gabungan unik pembelajaran, rangkaian dan penerokaan peluang dengan pakar industri, rakan sebaya, pembuat dasar dan penyedia penyelesaian, yang memberi kesan kepada landskap HR dinamik di India.
Ia komuniti HR yang pertama seumpamanya yang direka khas untuk pemimpin HR dan oleh pemimpin HR, dari seluruh dunia. Dinamik baharu dalam dunia manusia dan pekerjaan yang bertujuan untuk mendaya dan memperkasakan organisasi dalam memacu usaha HR mereka untuk bermetamorfosis menjadi Organisasi Eksponen.
Maklumat Tentang Startek
Startek® ialah peneraju global dalam pengurusan pengalaman pelanggan, menyampaikan transformasi digital dan penyelesaian CX yang menyeluruh. Dengan lebih 35 tahun kepakaran, Startek memperkasa perniagaan merentasi pelbagai industri untuk mewujudkan interaksi pelanggan yang tidak dapat dilupakan dan diperibadikan. Beroperasi di 12 negara dengan pasukan 38,000 rakan sekerja, Startek komited untuk menghubungkan jenama dengan pelanggan mereka melalui inovasi, empati dan kecemerlangan operasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati lwww.startek.com dan ikuti kami di LinkedIn @Startek.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2222919/5686478/Startek_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4903279_MS03279_6















