AI Memperkasa Ketersambungan Rumah Pintar
BARCELONA, Sepanyol, 6 Mac 2026 /PRNewswire/ — Semasa MWC Barcelona 2026, Huawei menganjurkan Forum Industri ISP bertemakan "AI Reshapes ISPs, Leading B2H and B2B Growth" (AI Membentuk Semula ISP, Meneraju Pertumbuhan B2H san B2B). Pada acara tersebut, Huawei memperkenalkan penyelesaian FAN Generasi Seterusnya yang memanfaatkan teknologi AI dan semua–optik untuk membina keupayaan rangkaian teras bagi ISP global dalam dunia pintar, dengan matlamat membantu mereka membuka potensi perniagaan baharu.
"Menjelang 2025, AI telah beralih daripada konsep kepada pelaksanaan berskala besar, sekali gus membuat transformasi penting industri ISP," kata York Yue, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif ISP & Media BU, dalam ucapan pembukaannya. "Secara dalaman, ia memacu automasi rangkaian, kecerdasan dan kecekapan operasi; secara luaran, ia membolehkan perkhidmatan B2B bernilai lebih tinggi dan model pengewangan baharu." Yue turut menegaskan bahawa ISP perlu bertindak tegas, mengintegrasikan AI ke dalam strategi teras mereka dan memposisikan diri untuk meraih pertumbuhan mampan dalam dunia pintar.
AI + Jalur Lebar Rumah Semua–Optik: Membina Rumah Pintar Generasi Seterusnya
Rumah pintar melibatkan pelbagai aplikasi seperti permainan awan, penstriman video UHD 8K dan persidangan jarak jauh. Aplikasi ini meletakkan keperluan lebih tinggi terhadap kadar kelajuan, kestabilan serta kecekapan operasi dan penyelenggaraan (O&M) jalur lebar rumah. Bagi menangani cabaran ini, Huawei melancarkan penyelesaian FAN Generasi Seterusnya. Berteraskan AI dan dibina atas seni bina penyelarasan peranti–pinggir–awan, penyelesaian ini menyediakan sistem perkhidmatan komprehensif yang merangkumi penjadualan pintar, ketersambungan pintar, perkhidmatan pintar dan O&M pintar. Ia bertujuan membantu ISP meneroka potensi pertumbuhan baharu melalui peningkatan pengalaman pengguna.
Untuk ketersambungan rumah, penyelesaian FAN Generasi Seterusnya menggunakan ONT siri OptiXstar EG Huawei bagi menyediakan tiga ciri pintar utama seperti berikut:
1. Ketersambungan pintar: Menyokong penukaran automatik antara jalur frekuensi dan menyediakan kelajuan Wi–Fi 7 melebihi 2,000 Mbps, menawarkan liputan seluruh rumah dan prestasi lancar untuk aplikasi intensif seperti permainan awan dan penstriman video UHD 8K.
2. Perkhidmatan pintar: Wi–Fi digabungkan dengan algoritma AI bagi mengenal pasti keadaan dalaman secara tepat dan melindungi keselamatan rumah.
3. O&M pintar: Keupayaan diagnosis kendiri dan pengoptimuman kendiri membolehkan peranti mengesan dan membetulkan masalah secara automatik bagi memastikan prestasi rangkaian lebih lancar dan cekap.
Untuk kesedaran perkhidmatan rumah, penyelesaian ini menggunakan OLT siri MA5800T yang menampilkan pengurusan trafik dipacu AI, menawarkan laluan rangkaian khusus untuk pelbagai perkhidmatan pintar dengan jaminan SLA yang disesuaikan. Ini membolehkan prestasi rangkaian yang boleh dipercayai untuk pelbagai aplikasi merangkumi penjagaan kesihatan, hiburan dan persidangan jarak jauh.
Penyelesaian ini meningkatkan pengalaman rumah pintar merentasi semua senario, membantu ISP menonjol dalam pasaran sambil meningkatkan kesetiaan pengguna dan nilai perniagaan.
Menerima pakai AI: Membolehkan Masa Depan Pintar Baharu untuk ISP
Integrasi mendalam AI dengan rangkaian komunikasi telah muncul sebagai pemacu utama inovasi industri dan kemajuan teknologi. Transformasi pintar bagi jalur lebar rumah dan rangkaian perusahaan kini berada pada tahap kritikal.
"AI sedang membentuk semula industri ISP dan memacu pertumbuhan perkhidmatan dalam sektor B2H dan B2B," kata Huang Dachuan, Ketua Pegawai Teknologi Jabatan Pemasaran ICT dan Jualan Penyelesaian Huawei. Menurut beliau, terminal AI akan menjadi kebiasaan menjelang 2030. Dengan keupayaan multimodal, terminal ini akan membantu perusahaan mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan, manakala rangkaian pintar dan berdaya tahan akan meningkatkan kecekapan O&M pengguna. Huawei juga memperkenalkan seni bina rangkaian ISP untuk dunia pintar. Seni bina ini mengintegrasikan pusat data awan AI, akses optik dan keupayaan pengangkutan IP melalui teknologi seperti Data Center Optical Cross–Connect (DC–OXC), Segment Routing over IPv6 (SRv6) dan Optical Cross–Connect (OXC). Seni bina ini memperkasa senario seperti penjagaan kesihatan keluarga, rumah pintar dan O&M pintar, sekali gus membantu pelanggan mencapai transformasi perkhidmatan pintar.
Sebagai penyedia global terkemuka bagi infrastruktur ICT dan terminal pintar, Huawei telah berkhidmat kepada lebih daripada 8,000 ISP di lebih 120 negara dan wilayah dengan produk, penyelesaian dan perkhidmatan inovatif. Pada masa hadapan, Huawei akan terus memajukan integrasi AI dan rangkaian serta bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi global untuk mempercepat peningkatan pintar bagi jalur lebar rumah dan rangkaian perusahaan. Usaha ini bertujuan membawa AI ke setiap rumah dan industri, sekali gus mewujudkan asas digital kukuh bagi era pintar masa depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian digital dan pintar Huawei bagi ISP, sila layari: https://e.huawei.com/en/industries/isp-and-media/isp
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4903110_MS03110_6
















