LAS VEGAS, 6 Mac 2026 /PRNewswire/ — LiuGong (000528.SZ) mempersembahkan 13 jentera merangkumi pelbagai barisan produk di CONEXPO–CON/AGG 2026 di bawah tema "Tough Customers. Tough Equipment," – Pelanggan Cerewet. Peralatan Lasak – meliputi aplikasi daripada pembinaan bandar hingga kerja kuari, perlombongan dan projek infrastruktur berskala besar.
Penyelesaian Elektrik untuk Kos Operasi Lebih Rendah
Antara jentera yang dipamerkan termasuk ekskavator 922FE emisi sifar, serta pemuat beroda 870HE dan 820TE, yang mewakili portfolio elektrik LiuGong yang semakin berkembang di pasaran Amerika. Jentera ini menawarkan kos operasi lebih daripada 40% lebih rendah melalui pengurangan komponen haus, bendalir dan penapis, serta penyelenggaraan yang mudah. Operasi yang senyap dan tork segera menjadikannya sesuai untuk pembinaan bandar, kerja perobohan dan projek sektor awam yang sensitif terhadap pelepasan karbon.
LiuGong kini mengoperasikan peralatan elektriknya di lebih 60 negara, dengan jumlah jualan terkumpul melebihi 60,000 unit.
Peralatan Diesel untuk Aplikasi Produktiviti Tinggi
Bagi aplikasi tugas berat, LiuGong turut mempamerkan ekskavator 952F dan pemuat beroda 856T yang dikuasakan enjin Cummins Tier 4 Final / Stage V. Direka untuk kerja kuari, perlombongan dan projek infrastruktur berskala besar, jentera ini menekankan ketahanan dan keupayaan operasi berterusan dalam persekitaran yang mencabar dan terpencil.
Peralatan Ketepatan yang Melindungi Margin Projek
LiuGong juga memperkenalkan peralatan khusus seperti penggred motor 4215D dan penggelek 6608F, yang menonjolkan keupayaan syarikat dalam penggredan dan pemadatan berketepatan tinggi. Ketepatan penggredan yang maju serta teknologi pemadatan bersepadu membantu mengurangkan kerja ulang yang berkaitan dengan penyingkiran bahan, penggantian turapan dan mobilisasi semula kru, sekali gus membolehkan pelanggan mengekalkan jadual projek dan mengawal kos operasi.
Ekosistem Peralatan Berpadu
Penambahan Dozer TD16N melengkapkan liputan produk LiuGong merangkumi kategori utama kerja pemindahan tanah. Sistem telematik dan diagnostik yang diseragamkan membolehkan pemantauan dan sokongan perkhidmatan yang konsisten merentas pelbagai jenis jentera, sekali gus memudahkan pengurusan armada dan operasi selepas jualan.
Penglibatan Pelanggan
Selain pameran peralatan, LiuGong turut menganjurkan siri audio siar di lokasi bertajuk "Tough Customer Talk" di Reruai F18033, menampilkan pelanggan dan pengedar yang berkongsi pengalaman sebenar serta pandangan mengenai prestasi, kebolehpercayaan dan impak perniagaan jentera LiuGong.
"Pelanggan yang berdepan tugas mencabar tidak mempunyai masa untuk perkara-perkara yang merumitkan," kata Andrew Ryan, Presiden LiuGong North America. "Mereka memerlukan satu rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk keseluruhan kerja — daripada penggalian pertama hingga penggredan akhir. Matlamat kami adalah untuk menyediakan peralatan yang tahan lasak dan cekap, disokong oleh rangkaian perkhidmatan bersepadu."
Mewujudkan Nilai Melalui Kerjasama
Empat hari sebelum CONEXPO–CON/AGG, LiuGong North America menganjurkan persidangan pengedar selama dua hari yang menghimpunkan pengedar tempatan untuk membincangkan trend industri dan strategi pembangunan masa depan. Wakil pengedar turut dijemput berkongsi amalan pasaran dan kisah kejayaan mereka. Perbincangan mendalam ini mengukuhkan lagi kerjasama dan meletakkan asas kukuh bagi pengembangan pasaran yang berterusan.
Pada 4 Mac, LiuGong dan Cummins menandakan ulang tahun ke–30 kerjasama global mereka. Setakat ini, lebih daripada 300,000 jentera LiuGong di seluruh dunia telah dilengkapi enjin Cummins, manakala Guangxi Cummins telah menghasilkan lebih daripada 300,000 enjin sejak penubuhannya, mencerminkan kekuatan perkongsian jangka panjang tersebut.
Komitmen kepada Pasaran Amerika
Pada 2 Mac, LiuGong mengadakan sidang media yang dihadiri hampir 50 organisasi media industri dan arus perdana. Luo Guobing, Presiden LiuGong; Li Dongchun, Naib Presiden LiuGong; dan Andrew Ryan, Presiden LiuGong North America, mengumumkan strategi terkini syarikat dan menjawab soalan media mengenai trend industri dan rancangan pembangunan masa depan. Melalui portfolio yang diperluas dan pendekatan penglibatan pelanggan yang berfokus, LiuGong sekali lagi menegaskan komitmen jangka panjangnya terhadap pasaran tempatan. Syarikat akan terus memperluaskan penawarannya bagi memenuhi keperluan tapak kerja yang semakin berkembang, dengan menyediakan penyelesaian yang boleh dipercayai dan menyeluruh untuk pelbagai aplikasi.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4902123_MS02123_6















