fbpx
JUN HAO

Bukan prestasi sebenar Jun Hao

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESTASI tidak konsisten perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao berterusan selepas dia tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton All England.

Pada aksi pusingan kedua di Utilita Arena, Birmingham malam kelmarin, pemain No. 26 dunia itu terpaksa akur tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe menerusi keputusan straight set 9-21, 13-21 dalam tempoh 37 minit.

Kekalahan tersebut jelas mengecewakan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara, Kenneth Jonassen yang menyifatkan anak buahnya itu gagal untuk menampilkan aksi diharapkan pada perlawanan tersebut.

Apa tidaknya, Jun Hao berpeluang untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke set penentuan ketika sedang mendahului set kedua 13-12, namun sebaliknya berlaku apabila Watanabe mengutip sembilan mata berturut-turut.

“Harus diakui prestasi (Jun Hao) hari ini (kelmarin) adalah di bawah paras sebenar. Dia sudah bekerja keras di set kedua tetapi tidak dapat memanfaatkan kelebihan ketika memimpin perlawanan 13-12.

“Dia secara tiba-tiba memberikan mata demi mata sehingga membolehkan pemain lawan mengutip sembilan mata berturut-turut. Bagi saya, ia tidak sepatutnya berlaku dan boleh dielakkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kekalahan itu boleh dianggap agak mengejutkan memandangkan Jun Hao menampilkan aksi cukup baik di pusingan pertama apabila menewaskan seorang lagi pemain Jepun yang menghuni ranking ke-13 dunia, Kenta Nishimoto.

Sementara itu, Jonassen mengakui masih banyak kerja perlu dilakukan pemain dan barisan kejurulatihan bagi memastikan prestasi berada dalam keadaan terbaik menjelang saingan Piala Thomas 2026 di Horsens, Denmark bulan depan.

“Memang kekalahan yang mengecewakan, jadi pasukan perlu bekerja keras dan cepat bagi mengatasi masalah serta cabaran dihadapi. Ini adalah tugas kami menjelang kejohanan-kejohanan akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN