fbpx

Otis Melantik Nicolas Lopez sebagai Presiden Asia Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA, 6 Mac 2026 /PRNewswire/ — Otis Worldwide Corporation (NYSE: OTIS), syarikat peneraju dunia dalam pembuatan, pemasangan, perkhidmatan dan pemodenan lif dan eskalator, telah melantik Nicolas (Nico) Lopez sebagai Presiden Otis Asia Pasifik (APAC), berkuat kuasa serta-merta.

Sebagai Presiden APAC, beliau akan bertanggungjawab terhadap perniagaan dan geografi di seluruh Asia, tidak termasuk Rantau China. Beliau akan memacu pertumbuhan dan transformasi dengan memperkukuh keutamaan kepada pelanggan serta kecemerlangan operasi merentasi perkhidmatan, pemodenan, peralatan baharu, pembuatan dan inovasi, sekali gus mengukuhkan portfolio serantau, tenaga kerja dan hubungan pelanggan Otis.

"Ia memerlukan teknologi canggih, kepakaran teknikal yang cemerlang serta dedikasi yang mendalam untuk menggerakkan jutaan orang dengan selamat dan boleh dipercayai di seluruh Asia Pasifik setiap hari," kata Lopez dalam satu kenyataan. "Saya berbangga kerana dapat memimpin pasukan yang telah mendapat kepercayaan pelanggan dan penumpang. Kami tidak pernah mengambil mudah kepercayaan ini dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi jangkaan mereka yang kami berkhidmat."

Lopez membawa kepakaran luas dalam bidang komersial, operasi, perundangan dan tadbir urus yang luas ke dalam peranan baharunya. Dengan pengalaman sedekad bersama Otis, beliau sebelum ini meruapakan Pengarah Urusan Otis Asia Tenggara. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau turut menyelia operasi pengedar di lebih daripada 60 negara serta memegang jawatan kanan dalam pembangunan perniagaan dan pematuhan di Otis APAC dan Amerika Latin. Lopez juga menghabiskan hampir sedekad bersama bekas syarikat induk Otis.

Beliau memiliki MBA daripada Universidad del CEMA dan Sarjana Undang-Undang dari Columbia Law School.

Lopez menggantikan Stéphane de Montlivault, yang telah bersara selepas empat dekad bersama Otis. De Montlivault memainkan peranan penting dalam membangunkan Otis sebagai peneraju industri di Asia dan merupakan pengasas bersama WorkWell Leaders, sebuah badan kebajikan yang mempromosikan kesejahteraan mental di tempat kerja.

Nicolas Lopez, President, Otis Asia Pacific
Nicolas Lopez, President, Otis Asia Pacific

Latar Belakang Otis

Otis memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk berhubung dan berkembang dalam dunia yang semakin tinggi, pantas dan pintar. Sebagai peneraju global dalam pembuatan, pemasangan, perkhidmatan dan pemodenan lif dan eskalator, kami menggerakkan 2.5 bilion orang setiap hari dan menyelenggara kira-kira 2.5 juta unit pelanggan di seluruh dunia – portfolio Perkhidmatan terbesar dalam industri. Anda boleh menemui kami di struktur paling ikonik di dunia, bangunan kediaman dan komersial, hab pengangkutan serta di mana-mana sahaja orang bergerak. Dengan beribu pejabat di Connecticut, Amerika Syarikat, Otis mempunyai 72,000 pekerja, termasuk 45,000 profesional lapangan, yang komited untuk mengeluarkan, memasang dan menyelenggara produk bagi memenuhi keperluan pelbagai pelanggan dan penumpang di lebih 200 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.otis.com dan ikuti kami di LinkedInYouTubeInstagram dan Facebook @OtisElevatorCo.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4897572_MS97572_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI