fbpx

Huawei Menganjurkan Forum Pembangunan Ekonomi Digital Ke-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dari Visi kepada Nilai untuk Masa Depan Pintar

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2026 /PRNewswire/ — Pada MWC Barcelona 2026, Huawei menganjurkan Forum Pembangunan Ekonomi Digital Keempat yang menghimpunkan hampir 100 penggubal strategi digital, pakar industri dan wakil persatuan industri dari pelbagai rantau termasuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika. Mereka bersama–sama membincangkan peluang baharu bagi pembangunan ekonomi digital dalam era AI.

David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei, membuka acara tersebut dengan berkongsi pandangan dan amalan terkini mengenai topik utama seperti dasar, infrastruktur dan bakat, yang semuanya berteraskan tema acara – Dari Visi kepada Nilai untuk Masa Depan Pintar.

David Wang, Huawei's Executive Director of the Board, delivering the opening speech for the 4th Digital Economy Development Forum
David Wang, Huawei’s Executive Director of the Board, delivering the opening speech for the 4th Digital Economy Development Forum

AI kini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat di seluruh dunia, dan ejen AI telah mula menjadi tumpuan utama. Selain itu, pelaksanaan AI fizikal juga semakin dipercepat. Menurut IDC, menjelang tahun 2030, AI akan menyumbang sebanyak USD22.3 trilion kepada ekonomi global. Ini merupakan petunjuk jelas bahawa ekonomi digital tidak lagi sekadar mengenai "keterhubungan + data". Sebaliknya, ia kini berkisar kepada "AI + pembuatan keputusan". AI sedang membentuk semula landskap ekonomi global serta menyusun semula rantaian nilai.

Berdasarkan pengalaman luas Huawei dalam ekonomi digital, Wang menekankan tiga bidang utama yang perlu diberi perhatian oleh dunia bagi mencapai pembangunan berkualiti tinggi ekonomi digital global. Pertama, dunia memerlukan dasar industri yang menyokong sepenuhnya ekonomi digital serta mendorong pembangunan yang mendalam dan selari antara ekonomi digital dan ekonomi sebenar. Kedua, dunia memerlukan infrastruktur berorientasikan masa depan bagi memastikan ekonomi digital terus berkembang. Infrastruktur sedemikian akan menyediakan asas kukuh untuk aplikasi berskala besar teknologi digital serta transformasi digital merentasi industri. Ketiga, dunia memerlukan ekosistem bakat yang berbilang lapis dan mampan, yang merupakan tonggak strategik penting bagi pembangunan mampan jangka panjang ekonomi digital.

Pada akhir ucapannya, Wang berkata: "Era AI telah tiba. Huawei akan terus bekerjasama dengan anda semua untuk memperkasa industri pintar dan membina asas kukuh bagi dunia pintar. Bersama–sama, marilah kita menukar visi kepada nilai dan membentuk masa depan pintar kita."

Semasa sesi ucaptama acara tersebut, para peserta berkumpul untuk meneroka masa depan pembinaan infrastruktur digital.

Joyce Liu, Pengarah Jabatan Operasi Pemasaran ICT Huawei, menyatakan bahawa infrastruktur digital merupakan asas pembangunan industri dalam era AI. Oleh itu, pembinaan infrastruktur perlu dipercepatkan di seluruh peringkat merangkumi rangkaian, tenaga dan kuasa pengkomputeran. Usaha ini memerlukan penggiat industri membangunkan sambungan rangkaian berkependaman rendah pada tahap milisaat secepat mungkin bagi mengelakkan silo maklumat yang boleh menghalang pembangunan AI. Di samping itu, pembinaan pusat data hijau juga perlu dipercepatkan bagi menyokong pertumbuhan kuasa pengkomputeran sambil mengurangkan pelepasan karbon.

Profesor Rong Ke, Pengarah Institut Ekonomi di Sekolah Sains Sosial, Universiti Tsinghua, dalam ucapannya menegaskan bahawa data merupakan faktor pengeluaran penting dalam era AI. Hanya dengan memperkukuh infrastruktur digital sepanjang keseluruhan proses penjanaan, pemindahan, penyimpanan dan penggunaan data, barulah nilai data dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Forum tersebut mencapai konsensus asas mengenai isu utama berkaitan pembangunan ekonomi digital: Negara–negara berada pada tahap pembangunan ekonomi digital yang berbeza, dan perlu merangka strategi pembangunan AI serta laluan pelaksanaan yang sesuai dengan keadaan masing–masing bagi memacu transformasi pintar dengan cekap.

Sejak dilancarkan pada tahun 2023, Forum Pembangunan Ekonomi Digital Huawei secara beransur–ansur berkembang menjadi platform komunikasi bertaraf tinggi yang dipacu inovasi dan berasaskan kerjasama bagi mencapai kejayaan global bersama.

MWC Barcelona 2026 berlangsung dari 2 hingga 5 Mac di Barcelona, Sepanyol. Sepanjang acara ini, Huawei mempamerkan produk dan penyelesaian terkininya di reruai 1H50 di Fira Gran Via Dewan 1. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://carrier.huawei.com/en/minisite/events/mwc2026/

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4900000_MS00000_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI