fbpx
Aminuddin bersama video yang tular di media sosial.

Aminuddin mohon maaf langgar lampu isyarat merah ketika urusan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun memohon maaf berhubung tindakannya melanggar lampu isyarat merah ketika dalam perjalanan menghadiri urusan rasmi, susulan video kejadian itu yang tular baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut dibuat atas faktor keperluan mendesak bagi memastikan jadual program rasmi dapat dipenuhi.

“Saya dalam urusan kerja rasmi dan terpaksa berbuat demikian. Dalam kenderaan tersebut turut ada pegawai polis.  Saya menggunakan isyarat yang mencukupi serta memastikan keadaan selamat sebelum meneruskan perjalanan kerana perlu segera tiba di lokasi.

“Jika lewat, jadual program mungkin terpaksa dipendekkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab mengenai video viral baru-baru ini yang memaparkan sebuah kenderaan melanggar lampu isyarat dan membunyikan siren ketika dalam kesesakan berdekatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

Menurutnya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan melalui surat rasmi bagi membolehkan laluan diberikan, sekali gus menegaskan tindakan tersebut bukan dilakukan sewenang-wenangnya.

“Saya mohon maaf jika menimbulkan kekeliruan. Ia bukan dilakukan secara sembarangan dan biasanya kemudahan laluan diberikan kepada ketua negeri bagi urusan rasmi,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN