fbpx
MOHD. SHUKRI menyiapkan makanan Korea yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan sambil diperhatikan Mohd. Jazri (dua kanan) pada majlis di MSU Shah Alam semalam.

MSU-Mahsuri sumbang 1,500 makanan kepada 10 rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Management & Science University (MSU) dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri) menyumbangkan 1,500 bekas makanan Korea kepada 10 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang semalam.

Program yang dinamakan For Your Series 9.0 – Korean Chicken Rice Bowl bermula pukul 8 pagi apabila seramai 100 penuntut Fakulti Hospitaliti & Seni Kreatif MSU bergotong-royong menyediakan hidangan berkenaan.

Presiden dan Pengasas MSU, Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar berkongsi rezeki, malah mendidik mahasiswa agar lebih cakna terhadap tanggungjawab sosial.

Menurutnya, penglibatan penuntut dalam penyediaan makanan memberi pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan.

“Sejak awal pagi, penuntut kita komited memastikan setiap hidangan disediakan dengan penuh teliti supaya sedap dan berkhasiat.

Justeru, saya amat menghargai kerjasama Mahsuri dalam menjayakan inisiatif ini dan berharap lebih banyak pihak tampil bekerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama MSU,” katanya ketika ditemui pada program ber­kenaan di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, pihaknya menyalurkan peruntukan khusus bagi membolehkan pelajar mendapatkan bahan mentah terbaik untuk penyediaan makanan tersebut.

Katanya, aspek kualiti makanan serta halal dititikberatkan bagi setiap hidangan untuk di­salurkan kepada semua penghuni rumah kebajikan tersebut.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI