JAKARTA – Enam lelaki di Pringsewu, wilayah Lampung ditahan kerana berjudi ketika penduduk tempatan menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Merdeka.
Tangkapan dibuat sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) di daerah Gadingrejo, baru-baru ini.
Ketua Perhubungan Awam Polis Pringsewu, AKP Priyono berkata, enam suspek yang diberkas berusia antara 31 tahun sehingga 70 tahun.
“Kegiatan judi itu berlaku ketika warga setempat menunaikan solat tarawih.
“Pegawai turut merampas beberapa bahan bukti termasuk wang tunai berjumlah 142,000 rupiah (RM36), telefon bimbit, tiga buka nota dan enam cebisan kertas yang mengandungi nombor ekor,” kata Priyono.
Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pringsewu untuk tindakan lanjut. – AGENSI














