fbpx
Tangkap layar video memaparkan ulat pada salad dalam menu nasi ayam madu dibeli seorang pelanggan di satu bazar Ramadan di Cheras, Selangor.

[VIDEO] Beli nasi ayam madu pakej ‘protein’ ulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati nasi ayam madu yang dibeli di bazar Ramadan di Cheras mengandungi ‘protein’ percuma iaitu ulat pada sayur salad.

Menerusi perkongsian di TikTok Ayuumuchann, wanita itu membeli juadah tersebut untuk berbuka puasa pada 25 Februari lalu sebelum melaporkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

“Semasa hendak makan, saya mendapati ada ulat pada daun salad. Kejadian ini amat mengecewakan kerana melibatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan. Pada keesokannya, saya memaklumkan perkara ini kepada peniaga.

“Namun, dia (peniaga) tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf dan bercakap dengan tidak sopan selain tidak menghormati pelanggan,” dakwanya.

Wanita itu memohon pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut dalam memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan sentiasa terjamin.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial selain ada berkongsi pengalaman serupa.

“Saya minum air boba dijual kat pasar malam. Gigit ingat (sangka) boba, rupa-rupanya lalat,” kongsi Syafieliot.

“Saya pula semalam beli tepung pelita pakej ada kuku sekali. Kuku jari kelingking, panjang pula tu,” balas Mell.

“Kebanyakan kes macam ini sebab tak cuci daun salad. Lagi satu kobis bulat, selalu juga jumpa jenis potong sikit-sikit bila nak letak dalam makanan. Dalam kobis ada cacing, kalau tak cuci betul-betul memang masuk perut,” kata Paqyop Gonzales. – KOSMO! ONLINE

@ayuumuchann Kita simpan sini la.. Kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), berkenaan satu gerai di Bazar Ramadan Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Pada tarikh 25/2/26, beli nasi ayam madu dari gerai tersebut. Semasa hendak makan, sy mendapati terdapat ulat pada daun salad dalam makanan tersebut (gambar sebagai bukti dilampirkan). Perkara ini amat mengecewakan kerana melibatkan kebersihan dan keselamatan makanan. Pada keesokkannya 26/2/26, saya telah memaklumkan perkara ini kepada peniaga gerai. Namun, peniaga gerai tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab, tidak meminta maaf, dan bercakap dengan tidak sopan serta tidak menghormati pelanggan. Saya berasa sangat tidak berpuas hati dengan: 1. Tahap kebersihan makanan yang dijual. 2. Sikap dan layanan peniaga gerai terhadap aduan pelanggan. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak MPKJ dapat menjalankan pemeriksaan terhadap gerai tersebut demi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadan sentiasa terjamin. Kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan amat saya hargai. #mpkj #btho ♬ Hari Yang Mantap – Gusti Irwan Wibowo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN