fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kakitangan berpusu-pusu mengambil wang yang bertaburan di atas meja makan. - X

Majikan pemurah, bagi bonus RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah syarikat di China tular kerana mengagihkan wang tunai hampir 70 peratus daripada keuntungan pada tahun lepas kepada pekerjanya sebagai bonus, lapor akhbar Metro UK. 

Ketua Pegawai Eksekutif Henan Kuangshan Crane Co Ltd, Cui Peijun meletakkan bonus tunai sebanyak £19 juta (RM99.6 juta) di atas meja makan semasa majlis makan malam gala syarikat baru-baru ini. 

Selain menganjurkan majlis makan malam, Peijun turut menyediakan 800 meja untuk 8,000 kakitangannya dengan setiap satu dipenuhi wang. 

Antara permainan yang ditawarkan termasuk kakitangan dibenarkan untuk membawa pulang wang di atas meja tersebut dalam masa ditetapkan. 

Wang yang tinggal hanya berjumlah £10 juta (RM52.4 juta) selepas acara itu selesai. 

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan sekitar £29 juta (RM152 juta) pada tahun lepas, lapor portal berita South China Morning Post. 

“Bukan saya suka memberi wang tetapi golongan muda dibebani dengan pinjaman kereta dan hutang jadi kami cuba memberi kelegaan kepada mereka,” kata Peijun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN