fbpx
SITI Hajar (kanan) bersama suaminya melihat salah satu rangka salah motosikal yang musnah dalam kebakaran di Sungai Padang, Kangar hari ini.

‘Dalam masa 10 minit, rumah kami hangus 100 peratus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Persiapan awal menyambut Syawal tidak lama lagi hilang sekelip mata selepas rumah dua tingkat yang didiami tujuh sekeluarga hangus dalam kebakaran di Jalan Sungai Padang di sini petang semalam.

Menurut mangsa, Siti Hajar Hassan, 34, dalam kejadian itu, segala kelengkapan untuk suami, empat anak serta ibunya tidak sempat diselamatkan.

“Sebelum ini, saya tidak pernah membuat persiapan awal, namun tahun ini, saya terfikir untuk membeli baju raya keluarga lebih awal. Tidak sangka, kami diberikan ujian berat pada bulan Ramadan ini. Jumlah kerugian yang saya alami dianggarkan RM70,000.

“Selain itu, semua kelengkapan sekolah anak-anak dan dokumen pengenalan diri turut musnah dijilat api,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Mengimbau kejadian pada pukul 5 petang itu, Siti Hajar berkata, dia sedang memasak sebelum menyedari asap tebal di bahagian dapur sehingga menyebabkan dia sesak nafas.

”Angin kencang menyebabkan api cepat merebak. Saya menjerit meminta ibu selamatkan diri mujur ketika itu dia dan anak-anak berada di luar rumah. Dalam masa 10 minit kediaman kami hangus 100 peratus,” ujarnya.

Siti Hajar sekeluarga kini berlindung sementara di rumah sewa milik mantan Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN