fbpx
Para peserta berkumpul pada himpunan turun Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Cadangan pilih KP SPRM melalui pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar dipilih menerusi pilihan raya bagi memastikan institusi itu benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

Ketua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad berkata, sistem pelantikan yang menyaksikan Perdana Menteri melantik individu menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM mampu menimbulkan konflik terutamanya jika melibatkan siasatan terhadap individu terpengaruh.

Menurutnya, keadaan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa kuasa siasatan dan pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi seolah-olah dipengaruhi pihak eksekutif.

“Apabila pelantikan dibuat oleh pihak eksekutif, timbul persoalan sama ada wujud kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat mana-mana pihak termasuk pihak yang mempunyai kuasa melantik.

“Rakyat sukar menerima keadaan apabila individu yang dilantik perlu menyiasat pihak yang mempunyai pengaruh terhadap kedudukannya sendiri,” katanya selepas Himpunan Tangkap Azam Baki di sini, hari ini.

Zahruddin berpandangan, bagi memastikan semak dan imbang yang lebih berkesan, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM di peringkat pusat wajar dipilih melalui pilihan raya Parlimen, manakala pengarah SPRM di peringkat negeri pula dipilih menerusi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, pendekatan itu akan menjadikan pemegang jawatan berkenaan bertanggungjawab secara langsung kepada rakyat, bukan kepada mana-mana individu atau parti politik.

“Jika rakyat yang memilih, maka kebertanggungjawaban itu terus kepada rakyat. Ini akan mengukuhkan kebebasan institusi dan mengurangkan campur tangan politik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI