fbpx
Gambar hiasan.

Tiada gangguan perkhidmatan di LRT laluan Kelana Jaya pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rapid Rail San Bhd (Rapid Rail) hari ini tampil menjelaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan berlaku di Laluan Kelana Jaya pagi ini seperti yang dilaporkan.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan tren beroperasi mengikut kekerapan waktu puncak yang dijadualkan, dan tiada keadaan kesesakan luar biasa diperhatikan di stesen mahupun di dalam tren.

“Kami mengambil maklum bahawa terdapat rujukan kepada kemas kini khidmat pelanggan Rapid KL di media sosial berkenaan beberapa tren yang dikeluarkan daripada perkhidmatan.

“Kemas kini tersebut adalah sebahagian daripada usaha ketelusan proaktif pihak operator untuk memastikan penumpang sentiasa dimaklumkan mengenai pelarasan operasi secara masa nyata,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pengeluaran tren daripada perkhidmatan merupakan prosedur operasi dan keselamatan standard.

“Tren mungkin dikeluarkan sementara bagi tujuan pembaikan kecil, termasuk isu prestasi penyaman udara atau sistem lain di dalam tren.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan kualiti perkhidmatan kepada penumpang sentiasa terpelihara,” katanya.

Jelasnya, apabila sesebuah tren dikeluarkan daripada perkhidmatan, Rapid Rail akan melaksanakan langkah mitigasi termasuk menggerakkan tren gantian sekiranya perlu.

“Ini memastikan selang masa (headway) kekal pada kekerapan waktu puncak dan kebolehpercayaan perkhidmatan tidak terjejas.

“Kami menegaskan bahawa ketelusan operasi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai gangguan perkhidmatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI