fbpx
PENDUDUK menghidangkan makanan berbuka puasa di sebuah terminal bas di ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar pada 21 Februari lalu. – AFP

20 terbunuh serangan militan semasa Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD –  Hampir 20 anggota polis dan orang awam terbunuh dalam gelombang serangan militan sepanjang dua hari lalu, kata seorang pegawai polis hari ini, dalam lonjakan keganasan terbaru  yang menggegarkan wilayah sempadan di barat laut Pakistan.

Serangan  berlaku beberapa hari selepas tentera Afghanistan dan Pakistan berbalas tembakan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

“Sepanjang tempoh 48 jam lalu, 15 anggota polis dan empat orang awam maut dalam serangan  pengganas di berbilang kawasan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.

Menurutnya, dua pegawai polis turut diculik dan ‘masih hilang’.

Kumpulan  Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab melancarkan kebanyakan serangan itu. TTP meningkatkan serangan di Pakistan sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di Kabul pada 2021.

Seramai 26 militan pula terbunuh dalam empat operasi berasingan tentera  di Khyber Pakhtunkhwa.

Islamabad menuduh Kabul gagal mengawal kumpulan-kumpulan militan yang didakwa menggunakan tanah Afghanistan untuk merancang dan melancarkan serangan di Pakistan, tuduhan yang dinafikan oleh Kabul.

Keganasan melonjak di Khyber Pakhtunkhwa dan jirannya, wilayah Balochistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pasukan keselamatan sering menjadi sasaran letupan bom  tepi jalan dan  serangan hendap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN