fbpx
KEBAKARAN sebuah rumah yang mengorbankan lima sekeluarga di Kampung Pamah Kulat di Raub awal pagi ini.

Lima sekeluarga rentung rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Lima sekeluarga maut selepas rumah mereka musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Pamah Kulat di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu ialah pasangan suami isteri, Mohd Allawi Mohammad,57, dan Zaleha Ibrahim,45, serta tiga anak mereka iaitu Ruby Batrisya,17; Ruby Adlina Banim, 14 dan Ruby Azian Barizah,9.

Difahamkan dalam kejadian itu pasangan suami isteri dan seorang anak perempuannya ditemui mati di dalam bilik air manakala seorang remaja perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan rentung di garaj kereta

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang tiba dilokasi kejadian pada pukul 4.15 pagi mendapati berlaku kebakaran melibatkan rumah separuh kekal.

“Terdapat lima mangsa maut di dalam kejadian kebakaran berkenaan. Peratusan kemusnahan struktur rumah adalah 100 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta dan tiga buah motosikal,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos berserta dua pancutan sumber air tangki pam jentera bomba.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN