fbpx
Kon Yeow

YB mesej Kon Yeow mohon maaf isu rumah tangganya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan menerima mesej permohonan maaf daripada seorang Exco kerajaan negeri yang didakwa terlibat kes pukul isteri semalam, sekali gus memberi ruang kepada pasangan terbabit menyelesaikannya secara baik.

Kon Yeow berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

“Saya terima mesej daripada Yang Berhormat, memohon maaf atas perkara yang dikatakan satu masalah keluarga antara pasangan suami isteri.

“Difahamkan kedua-dua pihak pun membuat laporan polis. Saya difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menyiasat laporan ini.

“Dan terkini saya dimaklumkan kedua-dua pihak pun sudah tarik balik laporan masing-masing. Jadi setakat ini, itu sahaja yang saya boleh nyatakan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Exco berkenaan perlu direhatkan mahupun meneruskan tugas seperti biasa susulan kejadian berlaku.

Bagaimanapun, Kon Yeow berkata, pihaknya memandangkan serius berhubung isu berkenaan dan berharap individu terbabit sentiasa memberi maklumbalas kepada pihaknya dan juga parti.

“Kalau dua-dua suami isteri ada apa-apa rancangan atau tindakan seterusnya, kita menghormati proses itu.

“Cuma, peringkat ini kita tunggu mereka fikirkan apakah tindakan yang seterusnya, yang terbaik untuk keluarga mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI