fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah menunaikan solat tarawih di Masjid Agung Al-Fatah semalam. - TikTok

Jemaah solat tarawih selama 8 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-ratus jemaah di Magetan, wilayah Jawa Timur memenuhi sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih yang berlangsung selama lapan jam demi menghabiskan 30 juzuk kita suci al-Quran dalam satu malam, lapor portal berita TV One News. 

Ibadah itu dilakukan di Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di Pondok Pesantren Al-Fatah. 

Rakaman video dimuat naik di platform YouTube oleh CNN menunjukkan jemaah mengikuti imam menunaikan solat tarawih 20 rakaat termasuk witir tiga rakaat semalam.

Ketua Pondok Pesantren Al-Fatah, Barley Musaddad berkata, imam-imam dipilih adalah penghafal al-Quran yang telah lulus dari proses pemilihan yang ketat. 

“Tiada paksaan bagi jemaah atau pelajar untuk menyertai solat tarawih 30 juzuk satu malam. 

“Jemaah boleh memilih untuk menyertai kumpulan yang membaca satu juzuk, lima juzuk atau 10 juzuk satu malam bergantung kepada kemampuan masing-masing,” kata Barley. 

Barley menambah, terdapat jemaah dari luar Magetan sanggup datang ke masjid untuk menikmati keseronokan solat tarawih selama lapan jam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN